أهلا وسهلا ومرحبا بكم...

Muslimah sejati~Aurat diawasi~Pergaulan dipagari~Solat pengikat diri~Al-Quran teman bererti~Akhlak indah berseri~Sifat malu penyinar diri...

Wednesday, March 21, 2007

SYARAT-SYARAT HIDUP BAHAGIA...

Ada dua sifat yang merosakan manusia dari dalam iaitu sifat rakus dan tamak.Kedua-dua sifat buruk ini boleh diatasi dgn cara-cara yang berikut ini...

1. Berjimat,pandai berbelanja serta bijak mengurus kewangan.Orang yang gemar berbelanja,tidak akan pernah merasa cukup,bahkan akan menjadi semankin bakhil dan tamak.Hidup jimat merupakan kunci kepuasan diri.Ada ungkapan indah menyebutkan: '' MERANCANG SEGALA SESUATU ADALAH SEPARUH DARI KEJAYAAN ''

2. Jangan cemas dan gentar menghadapi masa depan.Kawallah angan-anganmu dan yakinlah bahawa masalah rezeki sudah ditentukan,jika ia telah ditentukan untukmu maka ia tidak akan jatuh ketempat lain.

3. Meningkatkan ketakwaan kerana bertakwa kepada Allah adalah syarat beroleh jalan keluar dari kesusahan sebagaimana di jelaskan dalam firman Allah s.w.t:

'' SESIAPA BERTAKWA ,MAKA ALLAH AKAN MEMBERIKAN KEPADANYA JALAN KELUAR DAN MEMBERINYA REZEKI DARI ARAH YANG TIDAK DI SANGKA-SANGKA.

''(surah at-talaq ayat 2)

4. Berpuas hati menerima apa adanya.Sifat ini adalah sifat yang terpuji,sedangkan sifat tamak dan kenal cukup adalah sifat yang tercela.Ambillah pengajaran yang berguna dari kedua-dua sifat tersebut.

5. Bacalah kemudian hayatilah perjalanan hidup para nabi dan orang-orang yang soleh,terutama sekali dalam hal sikap dan akhlak mereka,seperti sifat qanaah,rendah hati mereka dalam menikmati hidup dan kecintaan mereka terhadap akhirat.Jadikanlah mereka sebagai teladan dan ikutan anda.

6. Perhatikanlah keadaan mereka yang kurang bernasib baik berbanding diri anda.Kemudian belajar banyak dari semua itu.

'' ORANG YANG TIDAK MAHU BERFIKIR SUDAH TENTU TIDAK AKAN MENDAPAT MANFAAT DARI BERFIKIR.SEDANGKAN ORANG YANG BERFIKIR,TIDAK AKAN PUTUS ASA MENGHADAPI SETIAP KEADAAN DAN TIDAK AKAN BERHENTI BERFIKIR DAN BERINISIATIF ''
HIKMAT 7 AYAT

Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak besar laut

.1. Mengucap ''Bismillah'' pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2. Mengucap '' Alhamdulillah'' pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.

3. Mengucap ''Astagfirullah'' jika lidah terselip perkataan yang tidak patut di ungkapkan.

4. Mengucap ''Insya Allah'' jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.

5. Mengucap ''La haula wala kuwwata illa billah'' jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.

6. Mengucap '' inna lillahi wa inna ilaihi rajiun'' jika menghadapi danmenerima musibah.

7. Mengucap ''La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah'' sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu,walau sambil lalu mudah-mudahan jadi biasa, kerana sudah biasa.
Assalamualaikum...

Wahai sahabat-sahabatku....!!!

Sedar tidak sedar.imtihan daur shani akan menjelang tidak lama lagi.
Adakah kita sudah bersedia untuk bertempur dalam medan ujian ini?
Yang akan menentukan sama ada menatijahkan syahid atau menanag?
Masa yang berbaki lebih kurang sebulan ini harus di manfaatkan
sebaik-baiknya untuk mencipta kecemerlangan.
Walaupun masing-masing merasakan waktu yang ada
sudah terlalu sempit untuk mengulangkaji.Jangan mudah berputus
asa kerana kita belum terlalu lewat untuk meletakkan noktah hidayah
pada hari ini.Ingatlah!selagi belum melangkah ke dewan peperiksaan,
kita masih mempunyai masa untuk memburu kecemerlangan yang diimpikan...

Wahai sahabat-sahabatku....!!!

Orang yang berilmu itu menyedari bahawa;
Timbulnya KEINSAFAN dari PERASAAN
'' KEMAHUAN '' KEINGINAN''
KEYAKINAN '' KEPERCAYAAN''
KEMAJUAN '' PERUBAHAN''
KEPANDAIAN '' KERAJINAN''
KESIHATAN '' KEBERSIHAN''
KESUSAHAN '' KEMISKINAN''
KEKUATAN '' KESATUAN''
BENCANA '' KEBODOHAN''
DENGKI '' IRIHATI''
CINTA '' MATA

Bila mana nasihat atau perkataan iti keluar dari hati yang ikhlas,maka
apabila di dengar akan masuk ke dalam hati,tetapi bila ianya dari
lidah,maka ia tidak akan sampai ke hati....
Rasullullah s.a.w pernah bersabda:keutamaan orang yang berilmu iti
jika di bandingkan dengan ahli ibadah adalah seperti keutamaan bulan
atas seluruh bintang.Sesungguhnya orang yang berilmu itu pewaris
nabi.Nabi tidak mewariskan dinar dan dirham tetapi mereka hanya
mewariskan ilmu,maka barangsiapa yang mempelajarinya beerti
mengambil bahagian yang banyak...

Wahai sahabat-sahabatku.....!!!

Sikap putus asa,jiwa yang lemah dan semangat yang mudah luntur
tidak pernah wujud dalam kamus hidup seorang pelajar yang
cemerlang.Pelajar yang cemerlang diibaratkan sebagai seorang juara
dalam sebuah pertandingan.Sebagai seorang juara dia tidak mahu
kemenangan yang di perolehi bersifat sementara.Dia tidak akan
mengeluh terhadap kepenatan dan keletihan yang dilalai semasa
latihan.Kesusahan yang dialami hari ini dianggap sebagai pembuka
jalan untuk hari esok yang gemilang....

Wahai sahabat-sahabatku....!!!

Pohonlah doa restu pada ayah bonda sebelum melangkah ke medan
juang ini.Moga-moga doa mereka memberkati usaha kita untuk
mencipta kecemerlangan.Dalam saat-saat genting ini harapan dan doa
pemilik mutlak kejayaan dan kegagalan mesti dimantapkan
lagi.Moga-moga usaha kita diperkenankan dan dikurniakan kejayaan
sebagaimana yang diimpikan.Dalam masa yang sama,doakanlah
seliruh sahabat-sahabat kita,moga kejayaan menjadi milik kita
bersama sebagai penuntut ilmu agama ALLAH di bumi ANBIYA
ini.Kejayaan dan kecemerlangan kita adalah untuk ISLAM....

SELAMAT BERIMTIHAN.....
SUDUT RENUNGAN

Janganlah kamu mengahwini wanita semata-mata kecantikan mereka
Boleh jadi kecantikan tersebut
Boleh merosakan akhlak mereka dan janganlah kamu
Mengahwini mereka kerana harta,
Boleh jadi harta tersebut boleh mendorongnya
Supaya melampaui batasan agama.
Kahwinilah wanita kerana agama dan ketahuilah
Bahawa hamba perempuan yang memiliki agama,
Tetapi hitam kulitnya lebih baik daripada wanita-wanita lain yang memiliki agama....
Friday, April 14, 2006

SAHABAT-SAHABAT YG DI KASIHI

Sahabat-sahabatku..
Kalau menjadi batu,janganlah menjadi batu di tepi jalan
Tiada nilainya,tiada harganya,dipijak orang,disepak orang.
Tetapi sahabat-sahabatku,jadilah batu intan,jadilah batu permata
Yang berkilau,yang bersinar,dihargai orang.

Sahabat-sahabatku..
Kalau menjadi kayu,jangan menjadi kayu biasa
Yang reput,yang rapuh,yang patah,dibuang orang merata-rata.
Tetapi sahabat-sahabatku
Jadilah kayu jati,kayu yang mantap
Mahal nilainya,dihargai orang.

Sahabat-sahabatku..
Kalau menjadi manusia,jangan menjadi manusia biasa-biasa
Longgar jiwanya,rapuh imannya.
Tetapi sahabat-sahabatku..
Jadilah manusia luar biasa,gah jiwanya
Kental imannya,tertib solatnya
Quran juadahnya,luas pandangannya
Gemilang masa depannya.

Sahabat-sahabatku..
Perahu sudah di air,pendayung sudah di tangan
Fikirlah,renunglah,katakan pada dirimu
Bahawa saya tidak memilih,untuk menjadi manusia biasa
Tapi saya memilih,untuk menjadi manusia luar biasa.
Saksikanlah sahabat-sahabatku..
Semoga usahamu pada hari ini,akan melahirkan insan yang
Cemerlang di dunia,Gemilang di akhirat.


posted by kembarasufi @
5:59 AM 1 Comments