أهلا وسهلا ومرحبا بكم...

Muslimah sejati~Aurat diawasi~Pergaulan dipagari~Solat pengikat diri~Al-Quran teman bererti~Akhlak indah berseri~Sifat malu penyinar diri...

Friday, May 11, 2007

Masa itu….sekali berlalu tak kembali lagi

Kemunculan sinar mentari saban hari, menyedarkan kita tentang detik waktu yang berlalu, hari demi hari dan bulan demi bulan silih berganti, akhirnya tahun 2006 telah pun berlalu pergi. Kadangkala manusia tidak endah dengan masa, pertukaran musim baginya sama sahaja, tiada sebab mereka berduka, bahkan terus melaksanakan agenda sia-sia. Kesibukan kadangkala melalaikan kita.

Separa sedar, usia semankin senja, sedangkan amalan tidak seberapa, pengorbanan agama entah ke mana, sedangkan kemayian menanti bila-bila masa. Dunia berkata " pergi " kubur kata " mari " , tetapi mengapa kita tidak peduli kepada hari? Jalan ke neraka di hiasi dengan perkara yang kita sukai, manakala jalan ke syurga ditaburi dengan onak duri yang ditaburi dengan onak duri yang kita benci.

Masa yang terluang perlulah digunakan untuk mengaut segala ilmu dan mencari peluang, demi persediaan untuk perjuangan yang panjang. Hidup dalam era dunia tanpa sempadan, memerlukan kepada segala ilmu dan kemahiran, siapa yang tangkas dialah yang menang, siapa yang lambat dan malas pasti akan kecundang.

Deman peperiksaan sudah dirasai. Adakah azhari dan azhariah kita semua sudah bersedia melangkah ke medan perjuangan.Kita tanya diri kita sendiri, adakah aku sudah bersedia?Mari kita muhasabah diri kita, adakah masa yang berbaki ini cukup kita untuk menghabiskan semua tajuk-tajuk sebelum kita berjuang.Ayuh sahabat-sahabat jangan kita habiskan masa dengan benda yang tidak berfaedah.Kita bayangkan esok kita pergi berjuang. Dengan semangat yang marak menyala, jangan hanya hangat-hangat tahi unta. Waktu-waktu yang mendatang usah lagi dilepaskan dengan percuma, persediaan dengan segera sangat perlu untuk peperiksaan fasal ini, biarlah pengalaman lepas menjadi suatu pengajaran yang berguna, untuk kita lebih maju dan berjaya.

Muhasabah hendaklah sentiasa diteruskan, agar diri tidak tersesat jalan, dalam mencari gugusan kejayaan, biarlah taqwa menjadi bekalan, kerana Saidina Umar pernah berpesan sifat bangga diri hendaklah dijauhi, walaupun sebanyak mana kejayaan yang diperolehi, kewrana ilmu ibarat air di tempat tinggi, ia akan mengalir kepada insane yang merendah diri.

Wahai sahabat seperjuangan, wahai saudara ikatan iman, teruslah melangkah, demi mencari mardhotillah, walau payah walau rebah, anggaplah ia sebagai kaffarah dan tazkirah, kerana orang yang takut melangkah pasti ia akan rebah juga. Setelah keringat mengalir mencurah, usah dihitung penat dan lelah, pohonlah kejayaan daripada Allah, kemudian terimalah natijah dengan hati yang pasrah.

Salam imtihan di medan perjuangan. Diri ini cuba yang terbaik buat sahabat namun, kekurangan dan kelemahan diri terlahir jua. Pohon maaf andai ada salah dan silap juga hak-hak sebagai sahabat tidak tertunai. Segalanya ku serahkan pada yang esa. Moga kejayaan milik kita bersama amin ya rabbal alamin. Sekian dulu untuk kali ini, sambil memohon hidayah daripada ilahi, agar kita tabah dalam perjuangan ini, meninggikan kalimah tauhid yang suci murni.

JADUAL IMTIHAN FASAL 2

SABTU (19/05/2007) : AKHWAL SYAKSIAH (DOKTOR MUHAMMAD ABD LATIFF QINDIL)

ISNIN (21/05/2007) : FEQH MUQARAN (DOKTORAH UMAIMAH MUHAMMAD HASAN)

RABU (23/05/2007) : QA’A BAHAS FEQH SYAFIE (DOKTOR MUHAMMAD ABD LATIFF QINDIL)

SABTU (26/05/2007) : HADIS (DOKTOR ABDULLAH ABD HALIM ABU UYUN)

ISNIN (28/05/2007) : USUL FEQH (DOKTOR ABD HAMID ABU MAKARIM ISMAIL,DOKTOR MUSTAFA)

RABU (30/05/2007) : B.INGLISH

SABTU (02/06/2007) : QA’A BAHAS FEQH MUQARAN (DOKTORAH UMAIMAH MUHAMMAD HASAN)

ISNIN (04/06/2007) : FEQH SYAFIE (DOKTOR MUHAMMAD ABD LATIFF QINDIL)

RABU (06/06/2007) : AL-QURAN